Thursday, July 25, 2013

Ramadhan kali ini bersama Khadeejah ku sayang.

bismillaah.. sudah lama ku tidak menukil di blog ku ini..
akibat kesibukan, ingin ketenangan.
banyak sekali yang kalian terlepas. sangat banyak. namun warkah kali ini hanya menyatakan rasa gembira atas 2 zuriat kami yang masyaa Allaah sangat membahagiakan.

Muhammad dan Khadeejah.. semoga kamu berdua bakal menjadi wira untuk Abi dan Ummi..
semoga kalian diberi hidayah sebagaimana orang2 terdahulu yang diberi hidayah oleh Allaah..
semoga kita akan bertemu lagi di negeri abadi...

Allaahumman suril muslimiina wal mu'mineena fee suriya...

Sunday, June 05, 2011

Yemen Unrest

Bismillaahi walhamdulillaah.
Lama sungguh nak buleh dapat internet kembali. Cyber cafe semua selalunya penuh. Aku dengan Ben kat sini alhamdulillaah selamat. Walaupun Ben 2 kali mendengar bunyi peluru lalu berdekatan beliau. Kami selalu berada di lambong(bumbung). Memerharti dari jauh keadaan 'gunbattle' antara pihak Presiden dan qabilah Hashad. Selalunya dapat merakam bunyi bedilan bom dan senapang mesin.
Mudeer selalu pesan jangan ke bumbung, tapi kami ni bukan degil, tapi 'curious'. Kadang tu terpikir jugak pepatah jawa, 'curiousity kills the cat'. Namun kami tawakkal. Insyaa Allaah semuanya selamat. Aamiin.
Sekarang aku dah masuk buku 2. Ustaz kata dalam 2 bulan lagi aku akan mula belajar hadith dan quran. Dalam bahasa arab. Semoga apa yang aku pelajari nanti dapat membantu ummahku di Malaysia. Tertonton juga video-video mengenai syiah yang songsang. Kejinya mereka dengan kata-kata kesat terhadap para sahabat dan ummul mukminiin. Semoga orang-orang yang hanya taqleed kepada mereka diberi hidayah kepada Allaah. Nak cerita pasal syiah ni, memang seminggu pun tak habisla rasanya. Tapi, apapun yang korang buat, bertaqwaalah kepada Allaah dan ittiba'lah dengan nabi dan rasulNya.
Aku ada call ummi suatu malam. Sudah tidur orang tuaku. Rindu suara dan wajah mereka. Insyaa Allaah kami semua dipanjangkan umur dan bakal bertemu kembali. Aamiin. Aku juga ada 'call' Batman. Dia pun alhamdulillaah sihat. Sheikh Hussain baru beberapa hari balik dari Jepun. Alhamdulillaah, semoga Allaah menjaga dia untuk terus berdakwah di jalanNya. Aamiin.

Cerita perang saudara Yaman ni menjadi topik khutbah masjid juga. Imam masjid Firdaus di bandar Sa'wan sebak dadanya, mengalir air matanya mengenangkan bangsanya menjadi mangsa tipudaya syaitan la'natullaah. Bagaimana bisa sesama Islam mampu membunuh sesama sendiri? Bagaimana akhirat itu menjadi kabur dek kerana kerakusan dan ketamakan manusia?
Semalam dengarnya presiden dah kena sebijik. Hari ni, suasana sedikit suram. Genjatan senjata dengarnya seminggu. Ali Abdullah Saleh atau juga dikenal dengan Ali Abdullah Toleh oleh sesetengah rakyatnya, masih belum mahu turun. Macam-macam rencana dilakukannya. Nampak bodoh kepada orang yg berpendidikan, tapi nampak mulia bagi orang-orang yg tidak mahu berfikir. Semoga Yaman kembali aman.

Sabda Nabi Sallallaahu 'alaihi wasallam : Al iimaanu yaman, walhikmatu yamaniyy...

Allaahu musta'aan.

Wednesday, May 25, 2011

Gunshots.. tat tat taaatt...

Bismillaahi walhamdulillaah.

Memang betul! Bunyi tembakan sejak semalam lagi. Tapi awalnya aku ingat dorang 'training'. Baru pagi tadi aku diberitahu mudeer bahawa itu adalah pergaduhan antara pihak kerajaan dan kabilah paling besar di Yaman ni. Maasyaa Allaah, terasa nak hantar isteri pulang je la di otakku. Apapun, kita tunggu dan lihat. Semoga Allaah memelihara kami semua di sini.

Petang tadi, kelas dengan Ustaz Ali selepas semalam ustaz tak datang sebab hujan lebat. Paling lebat di sini semenjak ketibaan aku. Siap dengan guruh lagi. Alhamdulillaah 'ala kulli haal, cuaca jadi lebih best.

Letrik hari ni masih sama macam semalam. Manjang takder je. Tapi kami semua harungi kehidupan seperti biasa. Alhamdulillaah dapat makan, dapat tidur dengan aman. Bunyi tembakan hari ini masih kedengaran. Semalam 5 orang dah 'goal'. Jadi hari ni kami hanya duduk dalam rumah. Mudeer dah nasihat jangan keluar. Takut tiba-tiba ada peluru sesat karang, sia-sia ajer. Ruben pun dah cuak takut mak dia panggil balik dan belajar kat MEDIU(universiti Wahabi bak kata Zamihan al-Bahluuli). Tapi apapun, kukan tetap di sini. Insyaa Allaah selama dan sedaya termampu.

Doakan aku, jazaakumullaahu khairan.

Saturday, May 21, 2011

Pizzaiola yummy!

Bismillaahi walhamdulillaah.
Hari ini, aku ke hospital untuk check kondisi isteri. Tapi, lupa Jumaat mana kerja di sini. Lalu kami pulang hampa. Tiba je di rumah, Nazri call. Cakap nak jumpe. Aku pon tanya bivhi no 1. Dia kata ok. Nazri akan datang bersama isteri dan anak mereka, 'Umar aka si Montel! Akhirnya ketemu juga aku dengan 'Umar.

Setelah tersesat lebih kurang 20 minit, akhirnya Nazri sampai lebih kurang jam 1744. Dah nak dekat maghrib tu. Bila dia sampai, terus ajak duduk di ruang tamu. Wanita-wanita duduk di bawah. Kami bercerita sambil aku kejutkan Ruben. Azan je, kami ke jami'(masjid) yg terdekat.

Balik je dari masjid, kami terus naik kereta Nazri. Muat pulak 6 orang yang hampir mantap semua sizenya. Alhamdulillaah, isteriku yang ingin makan pizza, dapat pizza di Pizzaiola. Kami order 3 pizza, dan masing-masing air. Semua 6 orang, sikit lagi nak sampai YER10000. Hari tuh makan kat restoran Thai, YER9000 untuk 4 orang. Sungguh murah sekali pizza di sini. Dan sedap sekali. Puas hati dan insyaa Allaah datang lagi. Menghala balik tu, aku pegi lalu kedai 'Asian Food'. Kedai runcit asia. Katanya ada semua kat situ barang runcit asia. Kuey teow, gula melaka(nissang kata orang Terengganu) dan lain-lain. Tadi dah tutup kedainya. Lepas tu menghala pulang ke rumah, singgah "fee coffee". Beli dessert pulak. Then dalam pukul 2155, kami sampai rumah. Gate, seperti biasa dah tutupla. Aku call Uncle Muhammad dan dia turun tolong buka pintu pagar. Syukran 'ammu!

Masuk je bilik, kitorang bersedia untuk solat 'isya'. Alhamdulillah setelah selesai solat 'isya', elektrik ada semula. Kat sini memang macam ni la. Kejap ada letrik, kejap gelap. Inilah kehidupan di Yaman yang penuh sederhana.

Sekarang, masa pun dah lewat, jadi aku nak tidur dulu. Kepada sesiapa yang membaca, teruskan berdoa untuk kami. Selamat di sini, jauhkan kami dari gangguan-gangguan yang tidak perlu. Mudahkan perjalanan hidup kami semua. Semoga Allaah memelihara kalian semua dari kesusahan. Aamiin.

Saturday, May 14, 2011

Minggu yang baik, Alhamdulillaah.

Dah berapa hari dok tahu dok berblog. Ada sedikit "busy" dan juga kerana internet yang mempunyai masalah seperti sediakala. Sorry Zul. Lama dok nampok mung kat email chat. Harap mu ok. Aamiin...

Sepanjang tempoh tidak berblog, aku banyak habiskan masa menghafal(bukan riak, bagitau je). Dan juga keluar cari barang2 untuk dikirim ke Malaysia sebab Anis nak balik Thailand melalui KLIA. Ablong dan Nasrul(sepupuku) kirim madu Yaman. Aku dah beli dan dah packing. Aku jugak beli serban untuk walid, kain untuk Babah dan Along(sepupu).

4 hari lalu, sepasang warga Singapura datang ke sini. Uncle Muhammad dan isteri beliau. Uncle tinggal di Singapura dan Melbourne, Australia. Menjalankan perniagaan di Singapura, membesarkan anak di Aussie. Alhamdulillaah, uncle dan keluarga adalah semanhaj dengan aku. Jadi senang berborak dan berfikir bersamanya.

Opss.. akhir bulan ni, Umm Dunya juga akan datang ke sini, dari Dubai. Aku dah bagitau mudeer dan dia kata ok. Semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillaah.

Satu lagi hal yang "best" ialah, isteri sudah berbadan dua. Alhamdulillah. Dah pergi "scan" 3 hari lepas, dah 6 minggu kata doktor. Semoga Allaah menganugerahkanku zuriat yang sihat, wasiim@jamiilah serta tinggi imannya. Dan juga aku berdoa semoga dia mampu menjadi pejuang dan pembela islam suatu hari nanti. Aamiin..

Aku sebenarnya tengah migrain sekarang ni, jadi nanti aku taip lagi bila dah ok. Sekian dulu untuk kali ini. Akbar Azmi melaporkan dari Sana'a, Yaman.

Saturday, April 30, 2011

Janbiya dan Ruben

Bismillaahi walhamdulillaah. Wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah.

Jum'ah, 29 April 2011
Hari ni aku bangun lambat sikit. Sejuknya lain macam hari ni. Pastuh aku masak nasik goreng sambil basuh pinggan yang sentiasa menimbun. Hari tu aku kopek bawang atau bahasa arabnya, basal. Macam nama anak aunty Nariman plak. Apapun, pada hari itu, buat pertama kalinya aku terasa betapa Ummi dulu sokmo koyok bawang tapi dok bising pon. Cuma kadang-kadang dia bising mungkin kerana kepenatan beliau balik dari sekolah, kena masak untuk anak-anak yang ramai. Pastuh ada buat kelas tusyen lagi. Ya Allaah, bahagiakan ibuku sebagaimana dia telah cuba membahagiakan kami selama ini. Kau berilah hidayah kepadanya sebagaimana Engkau telah menunjuk jalan kebenaran kepada rasul terakhirMu. Golongkan ibuku serta ayahku dan keluargaku dalam golongan orang-orang yang mengikut jalan salafussoleh dengan baik. Aamiin. Sesungguhnya Engkau yang Maha mengubah hati-hati manusia.

Lepas masak nasik goreng, aku suap makanan kat isteri yang masih belum sihat dari 'morning sickness'nya. Sebelum aku bawak makanan tu, aku mesin baju dulu. Selesai makan, aku 'spin' baju yang dibasuh tadi. Waajib manziliy(atau bahasa inggerisnya 'homework') aku dah buat masa ustaz bagi dalam class lagi. Bagus jugak dah belajar masa sekolah dulu. Takyah susah-susah sangat sekarang.

Pukul 1210, aku gerak ke Masjid Firdaus yang hanya 1km gitu jer dari tempat duduk aku. Aku dengan Anis tumpang mudir. Ruben lewat, dia solat kat masjid dekat ni ajer. Dekat padang bola aku main semalam. Lepas solat aku balik dan tunggu Cik Mat teksi datang. Nak keluar pegi beli janbiya. Aku dengan Ruben ajer yang pegi. Anis tak pegi. Sibuk 'planning' nak balik Thailand sambil hafaz quran barangkali. Ustaz Muhammad al-Sulton dah tak kerja sini lagi. Jadi Anis sekarang dah takder cikgu untuk tasmi' hafazan dia. Aku 'offer' untuk ganti ustaz kejap sementara ada orang lain yang datang.

Aku dan Ruben pergi Bab al-Yaman. Sampai jer, terus terjah kedai janbiya yang aku dah tengok hari tu. Tuan kedai dia takder. Tak kerja hari ni kata adiknya yang jaga tu. Takleh dapat diskon la ini macam, aku ngomel. Sambil tu, aku pegi kedai jual kain pelikat yaman(ma'waz) dengan ghutrah 'yemeni style'. Ruben beli satu ghutrah, aku pun rembat satu.

Lepas tu pegi tengok-tengok janbiya kat kedai lain. Tak berkenan sebab dah kira macam janji dengan kedai pertama tu dulu aku nak beli sana. Jadi aku gi sana balik. Ruben pun tengok-tengok dan beli satu set. Lepas semua siap, Ruben nak cari kot dengan ma'waz. Dekat tepi jalan tu dia beli 2 benda tu. 'Mission accomplished'.

Sambil gerak balik, aku memang dah 'plan' nak beli jus frawlah(strawberi) untuk zawjati. Dekat Restoran Remas di bandar Haddah ada jual. Pegi beli dekat situ. Lepas tu gi beli 'stationary' dan gi Shumaila Hari beli barang runcit. Keluar dari situ, aku singgah beli 'peach tea' dengan roti 'cinnamon'.

Dalam perjalanan balik tu, teksi ada masalah. Kena berenti isi air ke dalam 'radiator'. Ada budak sorang yang tolong dan kita dengan relanya bagi duit. Alangkah beruntung kita di Malaysia. Patut sangat bersyukur di sana. Masa jalan semula, aku nampak ribut pasir. Debu dan pasir berterbangan di udara! Cantik, tapi sebenarnya tak bagus untuk pernafasan. Apala jadi dekat orang yang berjalan kaki agaknya. Sampai rumah, agak susah nak angkut barang-barang sebab tak nampak apa. Nak benapas pun susah. Tapi kena jugakla. Muhammad bagi 'yoghurt' hasil dari tetek lembunya sendiri kat kampung. Alhamdulillaah. Semua ok hari ini.

Friday, April 29, 2011

Akhirnya bermain bola...

Bismillaahi walhamdulillaah...

Internet kat sini bukan macam Malaysia. Mungkin aku dah cakap kot. Internet sini memang pelik sekali. Nak 'on' skype pon tak pernah dapat. Dan, kalau macam kat Malaysia, kita bayar 'every month', tanpa 'limit' berapa banyak ko nak pakai, ko pakaila. Kat sini, dia ada 'limit' berapa byte yang diguna. Yang aku dengar, gitula sistem dia. Tapi, alhamdulillaah 'alaa kulli haal, masih dapat 'online'. Tutup cerita internet, kembali kepada tajuk...

Petang tadi, yakni hari Khamis, pertama kali aku beriadhah di bumi arab ni. Main bola! Pakai baju... Messi no 10 yang Anis bagi. Budak-budak arab semua panggil aku Messi. Lantakla, janji senang. Walaupun aku main tak serupa Messi, wajahku jauh lebih tampan(hahahaha), tapi main bola tadi sangat membuat aku rasa 'best'. Ruben, seperti biasa hanya melihat dari tepi padang. Insyaa Allaah nanti akan kugoda beliau bermain bola juga. Padang dorang bukan macam Malaysia, berumput. Kat sini padang bedebu. Batu pon bukan main banyak. Gol buat dari bata. 'Court' futsal dengarnya ada, tapi setakat ni masih belum nampak lagi. Padang yang aku main tadi aku rasa tapak rumah orang. Tak lama lagi, bila rumah tu dah naik, dah takleh main lagi kat situ, kena cari tanah lapang lain. Apapun, aku suka kesederhanaan dorang ni. Walaupun terfikir cemana nak majukan tempat ni.

Si Ruben pun terfikir pasal tu. Nak majukan negara Yaman ni. Tapi, aku tanya jugak, entah berapa juta orang lagi agaknya yang terfikir nak buat macam tu kan? Tapi, itulah ketentuan Allaah. Atau mungkin belum tiba masanya. Wallaahu a'lam.

Semalam aku 'sms' Affan. Suruh call balik kalau ada masa dan kredit. Tak call pun. Dia tak berupaya la tu. Takperlah tu. Ada masa tu nanti dia insyaa Allaah 'call'. Aku kat sini takderla rindu sangat negara Malaysia tu. Tapi aku rindu keluarga dan warga Al-Khaadem. Semoga Allaah memelihara mereka dengan kuasaNya yang Maha Tinggi. Aamiin.

Walid, Ummi, Ablong+Kaklong+anak-anak mereka, Kak Ngah, Dayah+Shafie, Lel+Cik Seni, Fifi, Mok(nenek). Mustaqim pon. Tapi dia memang takde kat Malaysia pun. Pokcik-pokcik dan mokcik-mokcik serta sepupu-sepapanku jua.

Sheikh Hussain, Imtiaz, Izwan, Dzaki, Affan, Akmal, Batman(rakan raja lawakku), Yunus, Fathi, Shahril, Ja'far(yang pandai berahsia sekarang), Zul(tak sangat sebab chat sokmo), Matin, Nu'man(yang banyak tolong aku sebelum aku gerak ke sini) dan Nabil.

Minggu depan anak mudir ma'had kitorang kawen. Ni nak cerita pasal janbiya! Aritu aku ada cerita kan? Janbiya ni adalah senjata kuno bangsa Yaman. Alaa, macam melayu dengan keris mereka. Tapi kita dah tak sarung kat pinggang lagi zaman sekarang, kecuali berlakunya adat istiadat atau upacara tradisi. Di sini, janbiya ini mereka gunakan setiap hari bagi majoriti rakyatnya. Bukan orang tua jer. Budak umur 4 tahun pun ada janbiya. Hampir setiap hari pakai. Dalam ertikata lain, hari-hari tanpa janbiya adalah boleh dikira. Janbiya ni dalam kehidupan mereka adalah ibarat seperti orang melayu membeli baju raya setiap tahun. Dengar ceritanya, ada yang beli setahun 2 kali. Entah la, aku pun tak pasti sangat. Dengar-dengar gitu jerla. Kalau korang nak tahu lebih, wikipedia ada. Silalah taip di sana, saya pasti anda semua akan berjumpa sejarahnya dengan lebih terperinci. Haaaa, siang nanti aku nak pegi beli dengan Ruben. Bukan nak beli sangat, tapi sebab 'wedding' tu, kitorang cuba nak buat mudir 'happy'. Orang Yaman suka kalau kita pakai macam diorang. Macam orang melayu suka bangsa lain pakai baju melayu la. 'Budget' untuk janbiya takderla besar. 'Range' harga janbiya tergantung kepada materialnya. Ada yang buat dengan plastik, ada dengan kulit, ada dengan 'pvc', ada ngan besi, ada 'stainless steel' dan ada jugak dengan tembaga. Dan harga juga tergantung kepada hulu janbiya tu. Yang paling mahal setakat ni aku penah tengok dan pegang(pisaunya saja) lebih USD$1000. Buat dengan tanduk badak sumbu. Sarungnya juga boleh mencecah ribuan dolar jugak. Ntahla, aku bajet nak beli dalam RM50 jer sepasang tu. ada jer. RM20 pun ader. Janji oke dahla. Bukan nak buat pegi medan perang pun, kan? So, tunggula esok macamana. Aku nak upload gambar kat blog ni pun bukan main susah. Yang aku penah upload tu, aku rasa ada 45minit baru siap. Kalau ada peluang, akanku upload nanti. Insyaa Allaah.

Oklah, malam pun dah larut. Aku pun dah takder apa nak cerita lagi. Sebenarnya ada nak cerita, tapi tunggu sahih betul nanti aku akan cerita kat korang. Hehehe. Setakat ni baru 20% sahih. Apapun, Allaah jualah sebaik-baik perancang. Wahai Allaah, kau ampunkan dosa aku yang lalu, dosa isteriku, walid dan ummi, adik-adik beradikku serta semua ahli keluargaku dan orang-orang yang banyak membantu aku dalam perjuangan di jalanMu. Berilah kebahagiaan kepada mereka dan bantulah mereka dalam setiap perancangan yang mereka tempuhi dan berilah yang terbaik kepada mereka kerana Engkau lebih Tahu tentang apa yang terbaik untuk kami semua. Kau kurniakan zuriat kepadaku zuriat yang soleh dan solehah. Jadikanlah mereka orang-orang yang akan berjuang di jalanMu. Namun, apapun jua kehendakMu, aku tetap redha.

p/s : post ni pun sebenarnya aku tak boleh post pada waktunya. Masa lepas aku type, internet macam kurang bermaya je. So, aku paste kat dalam word dulu.